Bukan pengganti.
Satu alternatif.
App navigasi yang bercakap macam orang kita, tunjuk lorong ikut cara JPJ, dan tak perlu tahu siapa anda. Dibentuk daripada maklum balas rakyat Malaysia.
- Iklan
- 0
- Akaun
- 0
- Bayaran
- RM0
1
rakyat Malaysia sudah pra-daftar. Anda bila?Bila dilancarkan, angka ini menjadi jumlah pengguna.
Pra-daftar sekarangCiri
Dibina untuk jalan raya Malaysia
- 01
Suara Bahasa Melayu
Arahan jelas seperti orang tempatan: "Ikut kanan atas", "Keluar susur kedua di bulatan". Boleh guna suara rakaman sendiri.
- 02
Lorong & isyarat ikut JPJ
Tunjuk lorong yang betul sebelum simpang besar, dan bila perlu beri isyarat – ikut cara sekolah memandu.
- 03
Kamera AES & had laju
Amaran kamera, had laju dan zon sekolah. Pilihan laluan tunjuk bilangan 🚦 lampu isyarat dan 📷 kamera.
- 04
Laporan pemandu
Kemalangan, polis, banjir, haiwan di jalan, jalan ditutup – dilaporkan oleh pemandu, dikongsi tanpa nama, hilang sendiri selepas 48 jam.
- 05
Konvoi
Balik kampung beramai-ramai: nampak kereta keluarga di peta, laju dan minyak masing-masing. Disulitkan hujung-ke-hujung.
- 06
Hujan di laluan
Radar MET Malaysia memberitahu sama ada hujan di tempat anda sekarang, bukan sekadar ramalan.
- 07
Kira minyak
Anggaran minyak sepanjang perjalanan dan bila patut isi.
- 08
Peta luar talian
Muat turun seluruh Malaysia atau negeri pilihan. Jalan masih berpandu walaupun tiada liputan.
- 09
Radio & muzik
Radio Malaysia secara langsung dalam app, dan kawal Spotify, YouTube Music atau app muzik lain terus dari skrin navigasi.
- 10
Ciri Muslim (pilihan)
Waktu solat, masjid di sepanjang laluan – terutama hari Jumaat dan ketika musafir. Mati secara asal.
- 11
Lorong motosikal
Lorong khas motosikal ditunjuk di peta apabila menunggang.
- 12
Android Auto
Panduan yang sama di skrin kereta.
Skrin sebenar
Skrin sebenar dari app
Leret ke tepi








Kata pemilik
Aku tak pernah berniat untuk menghasilkan aplikasi ini bagi menggantikan mana-mana aplikasi navigasi sedia ada atau bersaing dengan mereka.
Sebaliknya, aku mahu menjadikan AYUH! sebagai satu alternatif yang dibangunkan berdasarkan idea, cadangan dan maklum balas daripada rakyat Malaysia sendiri.
Aku percaya setiap pandangan dan pengalaman pengguna mampu membantu membentuk sebuah aplikasi navigasi yang lebih menarik, praktikal dan sesuai dengan keperluan rakyat Malaysia.
Sebab itulah aku cipta AYUH! — Rakyat for Rakyat.
Dibina oleh rakyat, untuk rakyat. 🇲🇾

Setiap data dan kod sumber terbuka yang digunakan telah diberi kredit dalam app: Tetapan → Tentang Ayuh!. Sekiranya ada kredit yang tiada atau tertinggal, sila hubungi pemilik secepat mungkin.
Dapatkan Ayuh!
Ayuh! di kedai app
Percuma untuk semua. Tiada iklan, tiada akaun – pasang dan terus pandu.
Pra-daftar
Jadi antara yang pertama memandu dengan Ayuh!
Tinggalkan e-mel dan pilih telefon anda. Yang terawal dijemput dahulu untuk menguji, dan kami maklumkan apabila Ayuh! dilancarkan.
Soalan lazim